Falsafah Politik Pembangunan Sarawak

Sarawak pada tahun 1980'an telah diperkenalkan kepada sebuah istilah iaitu politik pembangunan sebagai visi dalam pucuk kepimpinan di Sarawak. Istilah tersebut menjadi sebuah konsep yang sering bermain dalam fikiran rakyat Sarawak semasa berada di bawah tampuk pemerintahan Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud pada tahun 1981 sehingga 2014. Politik pembangunan secara amnya membawa agenda untuk membawa masyarakat dan negeri Sarawak ke tahap yang lebih maju, setanding dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia.Politik Pembangunan bukanlah sebuah terma ataupun konsep yang baru kerana ianya membawa teori modenisasi dalam pembangunan negara. Perkara ini boleh dikaitkan dengan old-style modernization theory (King, 1993: 243).[1] Menurut beliau, konsep "politik pembangunan" di Sarawak ini tidak menekankan politik tetapi memberi fokus kepada pembangunan negeri Sarawak.Menurut beliau, beliau tidak terlalu menekankan politik dalam pucuk kepimpinan beliau, tetapi lebih memberi fokus kepada pembangunan. Fokus beliau semasa memimpin adalah untuk memberi 80 peratus pembangunan dan 20 peratus politik (Mersat & Sanggin, 2011).[2] Oleh itu, dasar Politik Pembangunan Sarawak daripada tahun 1980 sehingga kini akan dibincangkan mengikut kronologi Premier Sarawak.

Rujukan

WikiPedia: Falsafah Politik Pembangunan Sarawak https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembang... https://reinert.gmu.edu/wp-content/uploads/2021/04... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/08... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/06... https://www.utusanborneo.com.my/2021/01/13/abang-j... https://sarawak.gov.my/web/home/news_view/119/1669... https://ukas.sarawak.gov.my/2023/05/16/sarawak-pen... https://tvstv.my/2023/01/12/abang-johari-laksana-d... https://www.global.unimas.my/our-story#:~:text=Uni... https://doi.org/10.2307/2997772